Saturday, October 13, 2012

Bermulalah kehidupan seorang pelajar...

Setelah sekian lama impianku untuk sambung belajar ke peringkat master tergendala.akhirnya impianku tercapai juga. Setelah banyak halangan yang datang, aku nekad untuk apply master di UPM dan kini aku telah menjadi salah seorang pelajar MASTER APPLIED STATISTIC UPM...

16/9/2012 


Hari ni hari first class aku. First class dah start belajar dah pun. Hebat kan..Otak aku yang dah lama bersawang ni mungkin terkejut secara tiba-tiba.Hahaha...Sem ni aku hanya amik 3 subjek je sebab hanya tu je yang aku mampu untuk bayar yuran. Yuran UPM mahal woo...1 jam kredit je pun dah RM250..1 Subjek 3 jam kredit.Haaa cer kira cepat bape je aku kena bayar... G lah amik kalkulator sana!! Haishh ada ke tunggu aku kirakan..hehehe.Ok takpelah biar aku tunjuk kanlah pengiraannye k.


Cara UPM ni..dia hanya keluarkan subject co iaitu compulsary lah hanya 1 tahun sekali je. Subjek elektif plak 2 tahun sekali. Minimum buat master di UPM ni adalah 2 tahun...Dia tak sama dengan universiti yang lain. So sem ni hanya keluar 5 subjek je. 2 subjek co n 3 subjek elektif. 1 subjek either co and elektif bersamaan dengan 3 jam kredit. 


1 subjek ( 3 jam kredit ) = 3jam x RM 250 = RM 750 /subjek


Let say lah korang nak amik 5 subjek sem ni kan. So korang kena bayar RM750 x 5 = RM 3750


Itu hanya yuran subjek je. Di campurkan dengan yuran basic RM 1200 so total up semua jadilah 


RM 1200 + RM 3750 = RM 4950 (*_*) 


Berpinar-pinar mata aku tengok jumlah sebanyak itu.. Haaa so di sebabkan itu jugaklah aku hanya amik 3 subjek je. So conclusionnye nak sambung master ni bukan senang..Korang kumpul lah duit dulu and then barulah sambung master. Kalau boleh apply scholarship korang apply jelah...Banyak tu wooo.Hehehe.Tapi belajar punya pasal kan...Cuma kesian kat ayah aku lah terpaksa bayarkan yuran aku sem ni Tapi dun worry my dad, after this u dont have to pay my studies fees lagi dah because dah dapat MyBrain...hehehe...


Selain daripada masalah yuran..ada satu yang aku tak berkenan dengan UPM ni. Diorang pikir student master ni semua ada transport sendiri lah kan..semua ada duit banyak lah kan...Everything even a pieces of thing u need to pay...no money no talk okay..Grrrr....Satu lagi bangunan untuk budak master semua nye dia wat kat atas bukit.Arghh takde transport memang susahlah nak g sana. Bas pun x sampai ke atas tu.Tension aku..So nasihat aku lagi g sediakan transport awl2 k..heheh


Belajar plak yek..Hurmm lecturer sini semua okay...tapi tu lah laju giler diorang cakap..Kadang2 tak faham gak.Tapi tu lah dah nama MASTER kan.bukan cam DEGREE lagi yang asyik kena suap..Kena pandai-pandai hidup lah kan..Aduiii masa ni aku terasa waaaaa my friends tolong datang sini temankan saya..Kita belajar sama-sama nak..huhuhu.



Im officially UPM Master Student


p/s : Apa-apa pun UPM best.View yang cantik dan seronok lah... :)

1 comment: