Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat hari raya aidiladha ku ucapkan untuk semua umat islam yang ada di dunia ini. Hari raya aidiladha atau nama lainnya kita panggil hari korban adalah hari untuk kita memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah yang sanggup menyerahkan anaknya Nabi Ismail untuk di korbankan. Hari raya korban juga jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah dimana merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam kerana pada hari itu Nabi Adam dan isterinya Hawa telah dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah.

Korban itu bermaksud dekat dimana kita menjalankan perintah Allah dan taati perintahnya kerana ingin mendekatkan diri kepada-NYA. Kita sebagai umat Islam mengorbankan diri kita , mengorbankan wang kita yang telah kita dapat, mangorbankan masa kita untuk beribadah dan segala-galanya. Dikatakan sehari sebelum hari raya haji kita di sunatkan puasa sunat. Sesiapa yang puasa hari tu akan dapat ganjaran di ampunkan dosa selama setahun yang lepas dan setahun akan datang. Dan juga berdoa kepada Allah apa yang kita hajati dan insyallah akan dimakbulkan.




Saturday, October 13, 2012

Judika - Aku yang tersakiti

Lagu ni aku tak pernah dengar pun. Aku dapat tau dari lecturer aku yang post status kat fb. Katanya kalo untuk orang yang frust bercinta sesuai dengar lagu ni. So membe baik aku punye baik kan.dia bleh plak comment n tag nama aku..suh aku dengar.. So aku pun dengar lah n serius lagu nye best n lirik nye sangat sesuai ngan aku kot...


Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia


ni dia nye video nye...tengoklah k..serius best..

p/s : seandainye dia leh dengar lagu ni.... :(

cinta..sakit atau bahagia?

Bila nak cerita pasal cinta ni, mesti bikin aku pusing n pening kepala...Dari dulu sampai sekarang...masalah yang sama berlaku..Aku pun tak tau lah sampai bile je aku boleh lupakan dia dan cari pengganti lain..Walau macam mana pun dia sakitkan ati aku, aku still gak sayang kat dia...bodoh ke aku??

Cinta ni buat aku bahagia dan cinta ni jugak lah buat aku sakit..Gembira aku sedih aku semua dari dia..Tapi kenapa dia tak pernah nak rasa apa yang aku rasa ni? Aku pun tak tau apa yang dia nak je pun. Walau macam mana aku cuba jauh dari dia untuk lupakan dia..dia mesti akan datang cari aku gak..Dia tak faham ke yang aku tengah dalam proses lupakan dia. 3 tahun aku masih tak dapat lupakan dia. Bagi dia..dia nak kami berkawan macam biasa. Macam dulu-dulu tapi dia tak faham ke yang aku tak boleh nak anggap dia macam kawan biasa. Yes, kitorang bermula dulu pun dari kawan tp dulu lain sekarang lain. Satu yang aku tak faham dia...Kata-kata dia tak pernah nak sama dengan apa yang dia buat. Tu yang aku geram sangat dengan dia ni.  Nampak gayanya memang takkan abis lah masalah cinta aku ni...

p/s: Minta jodoh aku datang cepat dan pinang ku dengan bismillah... :(

SPA..Perangkawan??

Akhirnya aku dapat juga temuduga untuk jawatan perangkawan pada 18/10 ni di KL...Setelah berhempas pulas jawab exam g kursus PAC...sekarang ni temuduga pula. Aku harap sangat temuduga kali ini aku berjaya. Aku dah tak nak dah menyusahkan ibu bapa aku lagi. Diorang pening pikir aku yang tak dapat2 keje lagi ni. Ni lah harapan aku dan peluang aku untuk menempatkan diri dalam kerajaan..

p/s : kena bersedia ni tau isu-isu semasa, pasal statistik dan semuanya lah..

KEJE O KEJE

Cerita pasal kerja ni...boleh bikin aku pening woo..Nak dijadikan cerita kelas aku hanya weekend sahaja. Jadi weekday tu memang aku free giler lah.Sangat free time aku masa tu. Jadi untuk menampung perbelanjaan aku di UPM ni..aku pun apply lah keje biasa-biasa.Keje yang tak memeningkan kepala. Aku banyak apply untuk keje guru taska Sebab aku tau keje yang relate ngan kanak2 ni tak memeningkan kepala macam keje di office tau. So banyak dah aku apply sampai lah suatu hari tu aku dapat keje sebagai pembantu taska di seri kembangan. Gaji pun tak banyak mana pun. RM550 sebulan tapi makan minum tempat tinggal disediakan. Oklah tu kan.Jadi aku memang nekad nak g ni. Sampai satu hari tu aku pun minta lah tolong kawan aku nak angkut barang g seri kembangan tu after abis kelas. Dahlah barang aku sangat banyak..Bila dah sampai sana ..aku pun belajar lah serba sedikit perjalanan masa tugas aku di taska tu. Aku pun siap cari keje part time untuk malam. Nak cari duit punya pasal...

So esok nye ari Isnin aku mula bekerja sebagai pembantu taska. Cehh bangun pagi2 ni and then mandi semua kemas rumah n then tunggu budak2 tu datang. 1st budak yang datang nama nye IMAN. Budak nye sangat comel n bambam..Rasa nak picit2 pipi budak tu. Kalo korang tengok pun mesti rasa geram gak lah macam aku..
Haa ni lah Iman. Korang mesti tau kan yang kiri or kanan.heheh

Iman ni sangat manja dengan aku. Aku pun seronok layan dia.Lama-lama makin ramai yang datang n syukur alhamdulillah diorang terima aku dengan baik sekali. Aku pun seronok layan diorang ni. Diorang panggil aku teacher..huhu...

Jadi tengahari tu tiba2 aku dapat kol dari mak aku. Nak tau pe mak aku cakap?
" Cepat kemas barangko kena balik arini gak. Esok dah start mengajar kat sekolah. PPD kol abah tadi suh ko daftar esok" Aku ni blur jap ..*&^*$. Apa ni ??Ari first aku keje kot tiba2 nak kene berhenti keja balik johor?What??Aku xnak balik johor. Aku dah seronok keje kat sini tapi mak ayah aku suh balik gak. So aku pun terpaksa lah balik. Jadi ptg tu ayah aku sampai amik barang2 aku. Segan aku ngan bos aku tu dan juga pembantu taska yang sekali keje ngan aku tu. Serba salah di buatnya..

Jadi ni adalah gambar2 yang sempat aku ambik yang boleh di buat kenangan.. Teacher miss n love u all so much. <3 font="font">



 P/s : Bestnye lahaii kalo ada anak sendiri kan.. Saat paling indah adalah kali pertama menjadi seorang ibu..Syahdunyee...Bilelah nak ada Sha junior kan.. :p

Bermulalah kehidupan seorang pelajar...

Setelah sekian lama impianku untuk sambung belajar ke peringkat master tergendala.akhirnya impianku tercapai juga. Setelah banyak halangan yang datang, aku nekad untuk apply master di UPM dan kini aku telah menjadi salah seorang pelajar MASTER APPLIED STATISTIC UPM...

16/9/2012 


Hari ni hari first class aku. First class dah start belajar dah pun. Hebat kan..Otak aku yang dah lama bersawang ni mungkin terkejut secara tiba-tiba.Hahaha...Sem ni aku hanya amik 3 subjek je sebab hanya tu je yang aku mampu untuk bayar yuran. Yuran UPM mahal woo...1 jam kredit je pun dah RM250..1 Subjek 3 jam kredit.Haaa cer kira cepat bape je aku kena bayar... G lah amik kalkulator sana!! Haishh ada ke tunggu aku kirakan..hehehe.Ok takpelah biar aku tunjuk kanlah pengiraannye k.


Cara UPM ni..dia hanya keluarkan subject co iaitu compulsary lah hanya 1 tahun sekali je. Subjek elektif plak 2 tahun sekali. Minimum buat master di UPM ni adalah 2 tahun...Dia tak sama dengan universiti yang lain. So sem ni hanya keluar 5 subjek je. 2 subjek co n 3 subjek elektif. 1 subjek either co and elektif bersamaan dengan 3 jam kredit. 


1 subjek ( 3 jam kredit ) = 3jam x RM 250 = RM 750 /subjek


Let say lah korang nak amik 5 subjek sem ni kan. So korang kena bayar RM750 x 5 = RM 3750


Itu hanya yuran subjek je. Di campurkan dengan yuran basic RM 1200 so total up semua jadilah 


RM 1200 + RM 3750 = RM 4950 (*_*) 


Berpinar-pinar mata aku tengok jumlah sebanyak itu.. Haaa so di sebabkan itu jugaklah aku hanya amik 3 subjek je. So conclusionnye nak sambung master ni bukan senang..Korang kumpul lah duit dulu and then barulah sambung master. Kalau boleh apply scholarship korang apply jelah...Banyak tu wooo.Hehehe.Tapi belajar punya pasal kan...Cuma kesian kat ayah aku lah terpaksa bayarkan yuran aku sem ni Tapi dun worry my dad, after this u dont have to pay my studies fees lagi dah because dah dapat MyBrain...hehehe...


Selain daripada masalah yuran..ada satu yang aku tak berkenan dengan UPM ni. Diorang pikir student master ni semua ada transport sendiri lah kan..semua ada duit banyak lah kan...Everything even a pieces of thing u need to pay...no money no talk okay..Grrrr....Satu lagi bangunan untuk budak master semua nye dia wat kat atas bukit.Arghh takde transport memang susahlah nak g sana. Bas pun x sampai ke atas tu.Tension aku..So nasihat aku lagi g sediakan transport awl2 k..heheh


Belajar plak yek..Hurmm lecturer sini semua okay...tapi tu lah laju giler diorang cakap..Kadang2 tak faham gak.Tapi tu lah dah nama MASTER kan.bukan cam DEGREE lagi yang asyik kena suap..Kena pandai-pandai hidup lah kan..Aduiii masa ni aku terasa waaaaa my friends tolong datang sini temankan saya..Kita belajar sama-sama nak..huhuhu.



Im officially UPM Master Student


p/s : Apa-apa pun UPM best.View yang cantik dan seronok lah... :)