Tuesday, June 19, 2012

Surirumah Berijazah



Hurmm surirumah berijazah yek..Nice topic actually..So apa pendapat korang tentang isu ini?

Actually ramai yang berpendapat--->
"Membazir kalau tak gunakannye.."
"Penat-penat belajar tapi tak gunakan ilmu yang di pelajari.."
"Tak keje..abis membazir je certificate tu.."
"Membazir duit, membazir tenaga.."

Sebenarnya ada yang bagus kalau jadi surirumah berijazah ni..Tak semestinya kita belajar hanya di gunakan untuk bidang kerja sahaja..Kita boleh juga guna didalam kekeluargaan..Dalam zaman sekarang, mendidik anak-anak sangat mencabar.Jadi bila kita ni sebagai ibu yang berilmu, kita boleh aplikasikan ilmu yang kita pelajari dalam mendidik anak-anak.Contohnya jika si ibu rajin membaca atau suka buat latihan, mungkin dia boleh mendidik anak-anak dia supaya rajin membaca..selalu bagi latihan..boleh tengok-tengokkan dan check buku latihan yang mereka buat di sekolah..Secara tak langsungkita menjadi guru kepada anak-anak kita sendiri.Kita tak boleh nak beri 100% tanggungjawab mengajar ni pada guru sahaja.
  

Satu lagi jika kita bijak mengambil peluang, kita boleh buat keje dari rumah sahaja.Sekarang ni ada macam-macam teknologi baru contohnye internet. Kita mngkin bleh buat business online dan bleh kongsi pendapat dengan group-group kita..Jadi dlm msa yang sama kita bleh jana pendapatan dan hubungan kekeluargaan antara anak-anak dan suami menjadi semakin erat dan bahagia. Hasilnya kita akan dapat melahirkan anak-anak yang seimbang dr segi IQ dan emosi..



Pucuk pangkal nye kna berbincang dengan suami.. Jika ada peluang kerja dan suami mengizinkan jadi tak salah kalo grab the opportunities…but jika suami mampu untuk mnyara keluarga..jadi tak salah jd surirumah bekerja mendidik anak-anak..




 Psst---> Saya harap saya boleh menjadi seorang perempuan yang bekerjaya tinggi, seorang isteri yang taap perintah suami dan seorang ibu yang dapat mendidik anak-anak menjadi seorang yang berjaya.

No comments:

Post a Comment