Sunday, November 8, 2009

10 RESEPI RAHSIA CINTA

CHOC

1. Kekuatan berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kita kenali akan membantu kita mengenali dia, hingga akhirnya bertemu dengan orang yang kita fikirkan itu

2. Kekuatan untuk menghormati

Kita tidak mampu mencintai seseorang atau apa saja kalau kita tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kita hormati ialah diri kita sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kita tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi

Jika kita mahu menerima cinta, kita harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kita beri, makin banyak yang akan kita terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada diri kita sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati,kita mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kita saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kita ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kita harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan

“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku. hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup akan berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kita cintai tahu bahawa kita mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “I love U”. Jangan pernah lewat untuk
mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang
kita cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kita melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan dan sekarang apa kamu tunggu lagi?

8. Kekuatan dari komitmen

Jika kita ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kita harus mampu ada komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakan kita. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kita ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kita harus setia dengan hubungan kita itu. Jika kita rasa terikat dengan komitmen terhadap seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan yang terbaik. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.

Semangat...pembakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok kepada cinta dan kegembiraan yang harus kita lakukan adalah dengan mengisi hari-hari lapang bersama dengan semangat yang tinggi.

10. Kekuatan dari rasa percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang itu akan menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosi akan menjadi tertekan. Kita tidak boleh mencintai seseorang sedalam2nya sehinggalah kita mempercayainya setinggi2 nya. Bersikaplah seolah-olah hubungan kita dengan orang yang kita cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kita, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kita harus berfikir dengan mendalam sebelum kita membuat komitmen yang lebih jauh dengannya. Hati kita tidak akan menipu kita tetapi akal boleh menipu...

No comments:

Post a Comment