Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat hari raya aidiladha ku ucapkan untuk semua umat islam yang ada di dunia ini. Hari raya aidiladha atau nama lainnya kita panggil hari korban adalah hari untuk kita memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah yang sanggup menyerahkan anaknya Nabi Ismail untuk di korbankan. Hari raya korban juga jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah dimana merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam kerana pada hari itu Nabi Adam dan isterinya Hawa telah dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah.

Korban itu bermaksud dekat dimana kita menjalankan perintah Allah dan taati perintahnya kerana ingin mendekatkan diri kepada-NYA. Kita sebagai umat Islam mengorbankan diri kita , mengorbankan wang kita yang telah kita dapat, mangorbankan masa kita untuk beribadah dan segala-galanya. Dikatakan sehari sebelum hari raya haji kita di sunatkan puasa sunat. Sesiapa yang puasa hari tu akan dapat ganjaran di ampunkan dosa selama setahun yang lepas dan setahun akan datang. Dan juga berdoa kepada Allah apa yang kita hajati dan insyallah akan dimakbulkan.




No comments:

Post a Comment