" Weyh awal gila ko kawen..Baru abis SPM kot..Rilex r dlu beb.. Tak puas enjoy lagi ni "
" Si minah tu kawen dah weyh..Muda lagi kot..Ntah-ntah dah berisi.."
" Weyhh ko tak kawen lagi ke? Tak yah nak memilih sangat...T jadi anak dara tua nanti.."
" Alaaaa dia kan ada PHD. Mesti nak cari lelaki yang ada PHD gak..Mana layan lelaki2 yang keje biasa2 je tu .."
Itu antara kata2 yang sering kita dengar kan..Bila kawen awal..orang cakap bukan-bukan..Bila kawen lambat pun orang cakap bukan2 juga..Mulut manusia ni memang tak bleh nak tutup kan..Kekadang rasa macam nak duduk kat 1 pulau yang takde sapa2 pun..Hanya aku dan pokok-pokok, binatang-binatang comel sahaja yang ada. Tapi tak boleh gak kalo hidup bersendirian macam tu..Takde life weyh..
Bagi aku yang jodoh lambat sampai ni, mungkin ada hikmah nya.. Mungkin Allah nak bagi lebih baik untuk kita. Mungkin dia nak bagi kita lebih matang dalam menghadapi cobaan hidup di dunia ni yang mempunyai pelbagai pancaroba (perghh ayat aku tak bleh blah.. )Yelah ko ingat kawen ni senang ke..Ingat sesenang ABC dan 123 ke?? Berat tanggung jawab nye tau tak..Kita kena betul2 bersedia bila nak kawen ni.. Yelah kalo boleh biarlah kita kawen hanya sekali je and biarlah kekal bahagia hingga ke syurga.. Biar perkahwinan kita tu sentiasa di bawah rahmatnya... Selamatlah aku ni kira boleh rilex tabah and cool lagi lah kan eventhough kawan2 semua dah kawen, dah beranak pinak dah.. Just think positive. Take it as a challenge dalam melayan karenah orang2 sekeliling kita ni..
Ada lah sikit kadang2 terasa hati..Yelah tengok membe2 dah kawen, ada life masing2 dengan husband diorang, yang mana dah ada anak tu.. best je tengok dioang gendong anak masing-masing..Ada yang anak dah sekolah dah pun.. Kalo gi majlis kawen membe, yang lain sume bawa anak..Aku?? seorang diri gak lah.. Dok sibuk main ngan anak orang..Anak sendiri haishh ntah bila lah.. Pastu dengan family aku lagi yang tak abis2 dok tanya bila nak kawen..Aku tak salahkan diorang and diorang pun tak lah paksa aku sangat tapi aku tau ada certain2 time tu, mak ayah aku lah mungkin ada sikit riso bila anak dara dia ni tak kawen2 lagi..Umur dah meningkat..Bila dengar mak aku cakap ngan membe aku.." Dah ada anak dah korang..Sha ni asyik belajar je..Tak kawen2 lagi.. " Adalah sikit terasa tapi aku tau mak aku tak memaksudkan untuk kecikkan ati aku..Mungkin tu spontaneous feeling dr hati seorang ibu..Cewahhh..
Aku sekarang just follow the flow jelah.. Bagi aku mungkin jodoh aku tak sampai lagi..Mungkin Allah ada sediakan yang terbaik untuk aku kan..Who knows.. Only Allah know ... Cuma aku tak lah setakat menunggu jodoh tu sampai kan..Aku kena berusaha gak.. Aku yakin satu hari nanti aku akan berjumpa juga dengan Adam aku..Inshallah..Dan masa tu , aku memang dah betul2 bersedia untuk memikul tanggung jawab sebagai isteri yang solehah, ibu yang baik untuk anak2 aku, menantu yang di sayangi untuk mertua aku dan anak yang baik untuk family aku.. Masa itu akan TIBA juga..
p/s : Umur aku sekarang dah almost 3+ ..Doakan yang terbaik untuk aku yek pembaca2 semua.. :)
No comments:
Post a Comment